Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya yang diutus oleh Tuhannya sebagai rahmat bagi seluruh semesta alam.
Blog ini dibuat adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana tentang makanan/ buah-buahan yang berkhasiat untuk diamalkan harian selain dapat mengubati penyakit. Merujuk dari sabda Rasulullah SAW " Allah tidak menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan (untuknya) ubatnya."
Orang-orang Arab Kuno sangat memperhatikan cara-cara pengubatan dengan membuat ramuan-ramuan tradisional herba dan dengan menggunakan buah-buahan yang sangat mujarab seperti buah kurma, kismis, delima, za'faran, buah tin, buah zaitun dll. Ahli pengubatan tradisional Arab adalah Ibnu Sina dan Ibnu Al-Baithar.
Semoga blog ni dapat memberikan manfaat kepada setiap orang yang membacanya dan yakin bahawa yang dapat menyembuhkan penyakit adalah hanya Allah SWT.
"MANUSIA BERUSAHA, ALLAH SWT YANG MENYEMBUHKANNYA..INSYA-ALLAH."
No comments:
Post a Comment